Tips Menulis Karangan Jenis Keperihalan

Contoh karangan jenis keperihalan

1. Karangan yang berbentuk gambaran atau keperihalan merupakan suatu bentuk penulisan yang memerihalkan atau menggambarkan apa-apa yang dilihat, didengar, dan dirasakan.


2. Karangan jenis ini menuntut daya imaginasi yang tinggi. Anda dapat memuatkan bahan yang dikutip daripada pengalaman sendiri atau mungkin khayalan semata-mata. Pengetahuan yang luas tentang apa-apa yang anda gambarkan akan membantu anda menghasilkan karangan yang baik, logik, dan bernas.

3. Biasanya, karangan jenis ini memerlukan anda memerihalkan seseorang, sesuatu pengalaman, sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau pemandangan, sesuatu peristiwa atau acara, sesuatu benda dan sebagainya.

4. Karangan jenis gambaran atau keperihalan tidak mempunyai format khusus. Walau bagaimanapun, karangan jenis ini tidak dapat lari daripada disiplin karangan yang lazim, iaitu perlu ada pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup. 

5. Perkara-perkara yang hendak anda gambarkan itu mestilah jelas, menarik, mempunyai perbandingan yang sesuai, dan dapat memberikan kesan yang mendalam.

6. Anda digalakkan menggunakan bahasa yang lancar, kreatif dan menarik semasa menulis karangan jenis keperihalan dan gambaran ini. Penggunaan dialog digalakkan di tempat-tempat yang sesuai. 

7. Anda digalakkan agar menggunakan teknik saspens untuk menimbulkan rasa cemas pembaca. Namun begitu, jangan menggunakan teknik penyampaian yang sama berulang-ulang.

8. Dalam bahagian pengenalan, anda bolehlah menceritakan peristiwa awal sebelum peristiwa utama berlaku. Pada bahagian penutup pula, anda digalakkan untuk menceritakan bagaimana peristiwa itu berakhir. Anda juga boleh menyatakan perasaan anda terhadap sesuatu peristiwa yang anda tulis itu.

Popular Posts