Nasihat Ulama' Berkenaan Isu Crush dan Cinta Sebelum Nikah

Assalamualaikum readers. Jom baca apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab crush dan cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.

Pertama:

Jami’ Bin Mahuih bertanya:

“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”

Lalu Said bin Almusayyab, mufti Madinah di zaman itu menjawab:

“Ianya tercela.”

Said berkata lagi:

“Demi Allah, tidak pernah seorang pun bertanya kepadaku tentang hal ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi.”

Kedua:

Imam Alghazali berkata:

“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar.”

Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!

Ketiga:

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah (mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya.”
(Ibn Qayyim)

“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang.”
(Ibn Qayyim)

“Apabila seseorang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya.”
(Ibn Qayyim)

“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang dicintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta.”
(Ibn Qayyim)

Keempat:

Seorang lelaki yang sudah mati dibawa kepada Ibn Abbas. Lantas Ibn Abbas bertanya kepada orang ramai:

“Kenapa lelaki ini mati?”

Maka orang ramai menjawab:

“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta.”

Maka Ibn Abbas berkata:

“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini.”

Kelima:

Seorang penyair menyebut:

“Hidup orang yang bercinta, permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh, pertengahannya penyakit, dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad.”

Harap-harap dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas bahawa betapa bahayanya jika kita sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk melupakannya.

SUMBER GAMBAR DARI ILUVISLAM.COM

Wallahualam.



Comments

Popular Posts