Review Novel by Yaya: Bila Blogger Jadi Maid

Assalamualaikum & hi readers! Walau di mana korang berada, utara, selatan, timur, barat, barat daya, barat laut, timur laut atau tenggara, aku doakan korang semua sihat dan ceria! Aamin.

Aku kaki novel yang tegar. FAKTA. Yes. So, harini dalam segmen RN (review novel), aku nak story sikit pasal novel yang aku tengah baca, tajuk dia BILA BLOGGER JADI MAID karya Zati Mohd. Kalau korang semua nak tau dengan lebih lanjut pasal novel ni atau nak baca cerpen-cerpen lain yang menarik daripada Kak Zati Mohd ni, korang bolehlah check it out blog dia http://akubukannovelis.blogspot.com




Sebenarnya novel ni aku dah beli since tahun lepas lagi. Tapi sebab busy 'study', tahun ni barulah sempat nak baca.

Novel Bila Blogger Jadi Maid ni mengisahkan tentang seorang blogger terkenal bernama Hanis Arisya. Sila baca betul-betul. Hanis ARISYA eh bukan Hanis ZALIKHA. Hihihi. Risya merupakan seorang graduan yang mencuba nasib dengan menjadi seorang maid di sebuah rumah keluarga kaya di bandar. Okay kat bawah ni aku bagi serba sedikit sinopsis novel ni.





Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

"Jadi, nak saya buat apa?"
"Awak kahwinlah dengan saya."

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan? Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash? Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai? Mampukah Risya dan Ash pertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati? Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah? Bila blogger mampu menjadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?

Kalau nak tau story seterusnya, korang kenalah beli novel ni! Mana boleh aku cerita lebih-lebih. No no no. Korang takkan menyesal punyalah kalau beli novel ni. Percayalah cakap aku. BEST!

Sebenarnya aku ingat nak update entri ni bila dah habis baca novel ni. Tapi tak tahulah kenapa, bila baca je novel ni page 316, terus rasa berapi! Berapi dengan siapa? Berapi dengan watak Yaya dalam novel ni. Korang kena faham kaki novel ni jiwa dia lain sikit. Emosional semacam. Bagi abang-abang kat luar sana yang ada isteri/kakak/adik yang kaki novel, mesti faham maksud aku. Hahaha! Okay berbalik pada cerita, Yaya ni merupakan sepupu kepada Risya. Tapi dia memang dengki dan cemburu dengan Risya, sebab Risya dapat kahwin dengan Tengku Yusri Ashraf.

Kalau korang nak tau apa yang Yaya buat pada Risya, belilah novel ni. Confirm bom bom best!

Okay aku nak sambung baca novel ni. Jangan lupa baca entri aku yang seterusnya hokei ._.

xoxo,
Adib Yasmin

Comments

Popular Posts