Cara Menghilangkan Stres



  1. Pejamkan mata seketika dan tarik nafas sedalam-dalamnya.
  2. Secawan teh hijau juga membantu dalam menghilangkan stres.
  3. Makan coklat! Kandungannya seperti kafein, theobromine, methyl-xanthine dan phenylethylalanine dipercayai dapat memperbaiki mood dan seterusnya mengurangkan stres.
  4. Berbual. Cari topik lucu atau mengenai pengalaman manis yang dapat buat anda lupakan seketika masalah dan tekanan yang dihadapi.
  5. Senaman ringkas. Anda boleh mulakan dengan berjalan seketika kerana otak akan mengeluarkan signal anti-stress apabila anda bergerak aktif.
  6. YouTube! Layari video sesingkat 5 minit pasti dapat mengalihkan tumpuan anda daripada tekanan yang dihadapi.
  7. Menyanyi. Nyanyi apa saja lagu kegemaran anda tapi pastikan tidak sampai menganggu orang lain.
  8. Melihat pemandangan tenang seperti panorama di tepi pantai. 
  9. Menggerak-gerakkan rahang dan lidah akan menghantar isyarat pada sistem badan untuk menurunkan hormon stres adrenalin dan kortisol. Cara ini akan membuat badan untuk merasa lebih tenang.
  10. Ambil wuduk dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selain dapat redakan tekanan, pahala juga bertambah!

SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular Posts