Cara Tingkatkan Potensi Diri


WAJAH YANG DISENANGI

Mulai sekarang jadilah seorang yang mudah tersenyum. Senyum itu adalah sedekah. Senyuman yang ikhlas terpancar dari dalam diri yang bersih, jujur dan merasakan senang dengan kehadiran sesiapa sahaja tanpa syarat. Percayalah dengan melemparkan senyuman semasa bertemu seseorang, bercakap dengan wajah yang manis akan menambat hati sesiapa yang melihat.

HORMATI ORANG LAIN

Terapkan nilai hormat pada orang lain. Jika ini yang diamalkan, maka semua orang akan tertarik kepada anda. Ini kerana sesiapa sahaja yang berada di samping, akan merasa tertarik dengan anda.

KREDIBILITI

Jujur, amanah dan bertanggungjawab. Sifat ini memang akan meningkatkan kredibiliti anda. Anda akan dikagumi kerana sikap ini adalah sikap yang disenangi semua orang.


TINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Berlatih bertutur dengan intonasi yang menyenangkan dan mudah difahami oleh orang lain. Bercakap dengan penuh keyakinan akan dapat meningkatkan potensi diri anda.

PERSONALITI YANG ANGGUN

Jika dalaman anda baik maka hiasan luar juga amat penting. Pakaian yang sesuai mengikut suasana, tempat dan majlis akan memperlihatkan potensi diri anda.

PUJIAN

Jangan lokek menghadiahkan pujian jika anda melihat sesuatu yang menyenangkan pada orang lain. Pujian ikhlas akan dapat meningkatkan potensi diri kerana anda dianggap sebagai orang yang prihatin dan suka mengambil berat.

PELIHARA ADAB SOPAN PADA PERKATAAN DAN PERBUATAN

Orang yang berkarisma adalah mereka yang bertutur kata dengan sopan dan tingkah laku yang beradab. Akhlak yang baik ini akan disenangi oleh sesiapa sahaja. Setiap orang akan tertarik dengan sesiapa sahaja yang bersopan. Jadi, perlu berakhlak mulia supaya potensi diri anda meningkat.

JADI PENDENGAR YANG BAIK

Setiap orang amat gemar bercerita tentang hal mereka. Potensi diri akan dapat ditingkatkan jika anda menjadi seorang pendengar yang baik. Berikan orang lain peluang bercakap dan menyuarakan pendapat mereka. Anda boleh menggalakkan mereka bercakap dengan memberikan sedikit dorongan minimum iaitu seperti mengiakan dan menganggukkan kepala. Sesiapa sahaja akan suka pada anda kerana anda telah menjadikan mereka dapat meluahkan apa yang mereka ingin perkatakan.

Comments

Popular Posts