Penat Nak Jaga Perasaan Orang

Hi readers ZzZzZz. Dah lama tak berblogging ni xx maaflah, exam sangatlah membataskan aku untuk menjenguk blog ni. Rindu engkorang semua HAHAHAHAHA! Harini aku nak story pasal hati dan perasaan. Chop! Ni tak ada kena mengena dengan cintan cintun hokey? Haaa jangan lupa hashtag sekali na #bilasisberbicaratentangperasaan . HAHAHA hengat sis takde perasaan ke ? Hello sis bukan robot hoke? Dah dah, dia punya pendahuluan dah panjang dah, belum masuk isi , huraian , huraian lengkap serta kesimpulan lagi ni . Haaa harap tabah baca entri sis kali ni . Kepada hakak atau abang auw auw yang jenis cengeng tu jangan lupa sediakan tisu sekotak dulu hoke? Cewaaahhh jkjk :* ! okey, sekarang ni kita cuba jadi serious utk seminit dua ni. Hmm..

Aku ni bukanlah baik sangat. Cuma, kekadang aku rasa macam aku ni terlampau nak jaga hati org. Sampai hati sendiri tak terjaga.


Kekadang rasa dah penat dah give up dah takde daya dah sebab asek jaga perasaan org je, tapi org tak pernah jaga perasaan aku pun. Dia orang lagi pijak kepala. Sebab apa? Sebab dia orang tau aku takkan marah kalau diaorg buat aku. Tapi ada satu benda yang pasti, aku tetap ADA PERASAAN. Aku ada perasaan sedih, gembira, MARAH, TERASA HATI. Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat.

Memang aku tak marah bila orang buat aku. Sebab aku rasa tak sampai hati. Lagi-lagi kawan sendiri. Bila marah, nanti sentap, lepas tu tarik muka. Serious aku takboleh. Tapi kalau diam, diaorg pijak kita. Buat kita macam tak ada hati, tak ada perasaan. Em.

Macam-macam orang buat aku. Orang abaikan aku, tengking aku tetiba walaupun aku taktau apa salah aku. Aku rasa dalam usia belasan tahun skrg ni, walaupun kau still mentah utk tahun pasal KEHIDUPAN ni, tapi aku rasa kau dah cukup matang utk kau faham apa maksud KAWAN. apa maksud JAGA HATI orang lain.


Dulu masa aku sekolah rendah, aku panas baran. Huhuhu, tapi sebaran baran aku, tak pernah langsung masuk bilik disiplin. Atau ada rekod kesalahan besar. HAHAHA. (Kay abaikan sambung balik)

aku pantang org cari pasal dgn aku padahal aku tak kacau diaorg pun. Mula ah aku buat provokasi besar besaran gaduh semua. Tapi bila dah naik sekolah menengah ni, aku fikir, sampai bila kau nak jadi macam ni? Asek gaduh je. Walaupun aku takde ah sampai bertumbuk, setakat provokasi perang mulut antara perempuan dgn perempuan je, tapi, sampai bila nak jadi macam tu? Kau tau kan manusia mmg tak suka tgk kau senang? Bahagia?

Bila naik sekolah menengah, aku dapat kawan baru. Aku berazam aku taknak marah atau gaduh dgn diaorg dah. Aku didik hati aku jadi penyabar. Tapi, ni aku dapat? Org pijak kepala aku. Orang hina aku macam aku tak ada maruah. Macam aku takde maruah diri.

Tapi aku tau ni baru ujian kecil utk aku. Mmg aku rasa marah, mmg rasa sakit hati, tapi bila aku baca kisah Nabi Muhammad SAW, yang suatu ketika Baginda dihina oleh seorang pengemis buta. Pengemis itu berkata kpd orang ramai,
“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,”
Nabi Muhammad sikit pun tak melawan atau marah, malah Baginda seperti biasa pergi ke pasar Madinah lalu menyuapkan makanan ke dalaM mulut pengemis Yahudi itu dengan lembut dan bersopan santun tanpa berkata apa-apa. Nampak tak macam mana sikap Rasulullah SAW? Bila aku fikir balik, kenapa aku tak boleh jadi penyabar macam tu? Kenapa mesti marah kalau orang hina kita? Sebenarnya, sabar kita tak ada had. Tapi kita yang letakkan hadnya sampai mana. Kesimpulannya, biarlah org abaikan perasaan kau ada hina kau teruk mana pun, kita jangan pernah balas. Biarlah satu hari nanti Allah S.W.T. yang balas perbuatan mereka.


Hu dah penat dah baca ke? Aip bukan selalu sis tulis segmen rohani ni. Kekadang, kita kena muhasabah diri. Jangan biarkan kita terleka dengan hal dunia. Kalau ada apa-apa komen, permintaan, atau cadangan, boleh je drop comment korang kat bawah ni. Semoga bertemu lagi di entri yang seterusnya. Assalamualaikum (:

Comments

Popular Posts