Karangan Biodata Rakan Saya

Image result for gambar kartun best friend forever
SUMBER: Google



Setiap manusia pasti mempunyai seorang rakan karib. Tidak kira di manapun tempat dan persekitaran seperti di rumah, sekolah, pejabat, kelas tambahan, dan tempat mengaji. Apa jua aktiviti yang dilakukan, sudah pasti kita mempunyai seorang teman yang rapat dengan kita. 

    Tanggal 2 Januari 2013, kali pertama aku menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Menegon, aku berasa sungguh terasing dengan persekitaran sekolah yang baru. Aku juga seorang yang sukar menyesuaikan diri bersama dengan rakan-rakan baru. Aku dan pelajar-pelajar yang lain diarahkan untuk memasuki dewan sekolah. Tujuannya adalah untuk mendengar taklimat dan memperkenalkan kami kepada semua guru-guru tingkatan satu yang bakal mengajar kami. Setelah itu, semua pelajar Islam diarahkan untuk solat Asar di surau. Semua pelajar pun berpusu-pusu untuk mengambil wuduk. Sementara menunggu giliran aku untuk berwuduk, tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan menegurku dari belakang. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Aliya. Lalu aku pun memperkenalkan diriku dan kami pun bersalaman tanda berkenalan. 

    Seperti berjanji, kami ditempatkan di dalam kelas yang sama iaitu kelas 1 Wawasan. Bermula hari itu aku semakin rapat dengannya. Sewaktu rehat, aku rehat bersama-sama dengannya. Dia merupakan seorang yang sangat lucu dan baik hati. Itulah yang menyebabkan aku teringin untuk mengenali dirinya dan keluarganya secara lebih dekat.

   Nama penuh sahabat baruku ialah Nur Aliya binti Firdaus. Dia dilahirkan pada tanggal 16 Mac 2000. Beliau dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Makanan kegemarannya ialah Nasi Ayam manakala minuman kegemarannya pula ialah air sirap. Beliau sangat menggemari matapelajaran Sains. Oleh sebab itu, beliau ingin menjadi seorang doktor.

   Beliau juga seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Beliau telah meraih pelbagai kejayaan antaranya ialah Johan dalam Pertandingan Larian 200 meter peringkat negeri, Naib Johan dalam minggu Bahasa Ingeriss, Naib johan dalam Pertandingan Mewarna Batik dan banyak lagi kejayaannya yang lain.

   Apa yang menyebabkan aku tertarik untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam adalah latar belakang keturunan keluarganya. Nama bapanya ialah Firdaus bin Ahmad manakala nama ibunya pula ialah Syazlina Lee binti Abdullah. Bapanya berasal dari Kedah manakala ibunya pula berasal dari Pulau Pinang. Ibunya mempunyai keturunan campuran Melayu-Cina. Bapa beliau bekerja sebagai arkitek manakala ibunya pula bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Ammar Alfian yang kini berusia 14 tahun.

   Setelah beberapa minggu aku berkenalan dengan Aliya, aku kini semakin rapat dengannya. Aku berasa sangat selesa berkawan dengannya. Aku berharap kami akan tetap bersahabat buat selamanya.



P/S: Post ni di 'copy' balik dari blog lama aku. Selamat meniru! HAHAHAHAHAHAHAHA!

Comments

Popular Posts