Tips "MOVE ON"

Assalamuaikum guys! Sorry, I did not update any post for the longgggg time. Nak kata busy tak sangat. Tapi taktau penyakit malas apa yang datang. Hehe.

Cuaca tidak selalunya cerah, ada masanya mendung juga melintasi. Begitu juga dengan kehidupan, ada ketika hidup terasa begitu indah. Namun, ada ketika sebaliknya. Semua orang dalam dunia ni pernah rasa kecewa. Termasuklah aku. Tak kisahlah kecewa sebab putus dengan boyfriend/girlfriend, result exam tak memuaskan, kecewa bila tugasan tak dapat dilakukan dengan baik, crush tolak cinta (ops abaikan), dan bermacam-macam lagi sebab. Tipulah, kalau tak pernah rasa kecewa kan? Tapi cuba tanya diri, sampai bila kita nak hidup dalam kekecewaan? Kita manusia. Manusia yang takkan berhenti belajar. Belajar erti kehidupan. Sampai bila nak bagi kekecewaan tu makan diri kita sendiri? Yes, so harini sis nak share beberapa TIPS MELEPASKAN DIRI DARIPADA KEKECEWAAN.

TELITI KESILAPAN
Setiap yang terjadi pasti mempunyai punca. Jadi, tarik nafas sedalamnya dan luangkan sedikit masa bagi mengenal pasti bagaimana masalah boleh timbul. Sebelum itu anda harus melapangkan hati dan juga minda agar lebih terbuka menerima kenyataan. Jangan terlalu keras kepala dan ego untuk mengakui kesalahan yang dilakukan. Cuba elakkan kesilapan sama daripada berulang. Jika lebih kreatif, hasilkan cara lain yang lebih anda yakini agar kesilapan dapat dihindari.

OPTIMISTIK
Belajar daripada kesilapan. Ungkapan itu perlu dipraktikkan meski pun ia tidaklah begitu mudah. Usah terus tenggelam dalam kekecewaan sebaliknya mulakan langkah baru yang lebih positif. Jangan biarkan keyakinan diri anda terhakis dek kekecewaan ini. Fikirkan hari mendatang dan bayangkan secara optimis yang anda mampu melaluinya. Anggap apa jua rintangan sebagai satu ujian untuk menjadikan diri anda seseorang yang lebih baik. Pasti ada sesuatu perkara yang dapat dipelajari ketika ini. 




LUAHKAN MASALAH KEPADA ORANG LAIN
Selain keluarga, teman juga tempat mengadu nasib. Luahkanlah kepada mereka moga dapat mengurangkan kekecewaan yang dapat ditanggung. Kata-kata semangat yang diberikan memulihkan keyakinan diri kepada keadaan asal. Dapatkan juga nasihat daripada mereka yang anda percayai kerana ia boleh menjelaskan lagi tindakan yang perlu dilakukan. Elakkan diri daripada menyindiri dan kesedihan. Bagi mengatasinya, keluar bersama teman-teman bagi mengisi masa lapang anda.



AMALKAN SENAMAN RINGAN
Kesibukan dalam menguruskan kehidupan ada kalanya membuatkan anda rasa tertekan. Anda harus bijak mengimbangi antara dunia kerja/belajar dan kesihatan diri. Sebagai langkah menjaga kesihatan diri, lakukan senaman ringan jika berkelapangan. Andai mahu lebih konsisten, peruntukan masa untuk mengunjungi pusat-pusat kecergasan berdekatan. Amalan positif sebigini bukan sahaja menyihatkan badan malah menjadikan otak lebih cergas. Hasilnya anda boleh kembali menunjukkan kehebatan diri setelah mengharungi kekecewaan.

Comments

Popular Posts