Cara Menanggalkan Makeup Dengan Mudah


Holla & assalamualaikum sayang-sayang sekalian! *ala-ala DSV gitttchu*

Hahahahaha. Okey sis tau memang dah lama sangat sangat sangat tak update blog. Harini baru ada peluang nak update blog sebab tengah cuti akhir tahun ni haaaaa (sebelum ni ada je masa tapi liat sungguh nak update). Memandangkan cuti tinggal lagi dua minggu lebih je, so harini sis nak buat entri ni khas untuk kaum hawa yang ada masalah bila nak menanggalkan makeup. 

Sis ada terbaca cara-cara menanggalkan makeup menggunakan bahan semulajadi kat dalam majalah Harmoni dan ada jugak beberapa cara yang sis dah cuba and guess what? Berkesan! Alhamdulillah. So harini sis 'terpanggil' untuk share sikit kat uols semua memandangkan kita tahu rakyat Malaysia memang kurang gemar membaca buku/majalah. Rakyat Malaysia lebih gemar mengetahui tentang sesuatu perkara melalui media sosial. HAHAHAHA! Naaah, sorry merepek. Haaa let's get started!


Image result for wanita sedang bermakeup

Bersolek lebih mudah jika dibandingkan dengan proses membersihkannya. Apatah lagi bagi mereka yang gemar bersolek tebal di bahagian mata. Tanpa produk makeup remover yang betul, alat solek biasanya akan bersisa di kulit wajah dan berisiko menyebabkan kulit bermasalah seperti jerawat mahupun alergi.

Pun begitu, tahukah anda sebenarnya terdapat banyak bahan semulajadi di sekeliling anda yang boleh dimanfaatkan sebagai penanggal solekan seperti yang disyorkan oleh laman stylecraze.com. Ternyata ia lebih jimat. Jom semak!

Image result for gambar timun di muka
TIMUN


Sering digunakan untuk menghilangkan kantung mata ataupun eyebag namun ia juga boleh digunakan sebagai bahan penanggal solekan. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu memotongnya menjadi nipis dan gosokkan ke wajah. Timun merupakan buah yang mampu membaiki kulit rosak serta mengurangkan kesan iritasi penggunaan kosmetik. Selain itu, ia juga dapat melembap serta membersihkan kulit wajah dari kesan solekan.

SUSU & MINYAK BADAM/ALMOND
Campuran kedua-dua bahan ini sangat baik. Oleh kerana itu, tidak hairanlah terdapat banyak penanggal solekan di pasaran yang berusurkan susu. Bukan sahaja dapat mengangkat sisa solekan dengan pantas tetapi turut mampu menyegarkan kulit anda. Berdasarkan "Complementary Therapies In Clinical Practice" edisi 2010, minyak badam meremajakan kulit serta dalam masa yang sama dapat meningkatkan warna kulit menjadi lebih cerah.

Image result for minyak jojoba
MINYAK JOJOBA

Berdasarkan penelitian, minyak yang satu ini ternyata baik untuk pembersihan kulit terutamanya untuk menanggalkan solekan. Ia mampu mencegah kekeringan serta kerosakan kulit setelah menggunakan solekan. Untuk itu anda boleh menyapunya ke wajah dengan tisu muka secara lembut. Jangan lupa untuk menghindarkannya dari daerah mata. Setelah itu bersihkan wajah dengan pencuci muka anda.

Image result for minyak zaitun untuk wajah
MINYAK ZAITUN

Minyak yang satu ini begitu mudah untuk ditemui. Ia juga boleh digunakan sebagai pembersih solekan. Kehebatannya dalam kecantikan sudah diperkatakan sejak dari dahulu lagi. Oleskan minyak zaitun pada wajah dan gunakan kapas atau tisu lembut untuk membuang sisa solekan. Ratu Cleopatra yang jelita satu masa dahulu dikatakan menggunakan minyak zaitun sebagai salah satu bahan untuk kecantikan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi rahsia kecantikan artis-artis terkenal.

Okey jadi itu je antara tips yang sis boleh kongsikan kat korang semua! Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh drop komen korang kat bawah ni okey!

Sumber: Majalah Harmoni Edisi Mei 2015


Credit (gambar)

Comments

Popular Posts