Sebenarnya Lelaki Tak Complicated!

Hi readers.

Harini aku nak cerita pasal sebenarnya LELAKI SIMPLE DAN TIDAK COMPLICATED. Aip aip? Entri ni satu-satunya entri yang aku backup lelaki lah kan? Hahaha! Hah kepada perempuan semua jangan nak dok pot pet pot pet membantah. Baca sampai habis dulu.

Aku tulis entri ni sebab aku nak cerita pasal sorang kawan lelaki aku, dia ada macam-macam perangai. Nyata dan tersembunyi. Dia nampak pelik. Pelik. Majoriti kawan perempuan dia termasuk aku rasa perangai dia macam complicated sangat tapi sebenarnya bila aku dah lama-lama kenal dia, dia simple je. Sama macam lelaki lain. Tapi kaum hawa yang berfikiran luas macam aku ni yang suka describe perangai dia sampai jadi complicated. Faham tak? Ha meh aku cerita pasal dia.

Aku kenal dia kat sekolah. Dia okay je. Apa yang aku boleh cakap masa first time aku tengok dia, dia ni sangat comel nerd sikit, tinggi, putih, ada lesung pipit, dll.

Gambar Hiasan

Kita orang tak sama kelas pun, tapi aku selalu jumpa dia sebab sama jawatan, so selalu kena tugas dengan dia. Mula-mula aku tak rapat langsung dengan dia. Dia pulak jenis tak bertegur sangat dengan perempuan, tapi kalau dengan kawan lelaki terlebih peramah pulak dia. Eh eh dia bukan gay okay, cuma dia pemalu sikit especially dengan perempuan. Korang yang dah terfikir macam tu sila bersihkan balik otak anda.

Gambar Hiasan

Then, beberapa hari lepas tu, aku pun beranikan diri aku yang sememangnya berani ni untuk tegur dia. Aku tanya dia kelas mana and whatever, aku kan time tu terlebih peramah. Eww perasan kau jah! Then, mula-mula dia jawab macam biasa tapi sepanjang dia cakap dengan aku, dia tunduk bawah. So, aku membuat kesimpulan yang dia ni alim dan pendiam. Dah lama-lama tu, dia jawab macam nak taknak je pulak. Pergh! Aku dalam hati masa tu mengatakan yang mamat ni sedikit annoying. Annoying!

So, masa tu aku membuat empat kesimpulan pasal dia. Pemalu, alim, pendiam, annoying.

Tiga bulan lepas tu, aku add dia kat Facebook. Then dia accept, tapi tak tegur pun.

Nak dipendekkan story, aku bukak Facebook, aku terbaca dia buat satu post yang panjang jugaklah.

Dalam post tu dia tulis yang sebenarnya dia bukan sombong, tapi dia PEMALU nak tegur orang. Then dia kata kalau boleh dia nak ada ramai kawan and bla bla bla lebih kurang macam tulah.

Aku tersentap, sebab aku ni tersalah anggap pasal dia. Then, untuk pertama kalinya aku mesej dia kat Facebook. Aku bagi ayat doronganlah kononnya. Aku cakap yang aku tau kau tak sombong dan baik hati and bla bla lebih kureng kuranglah.

Start haritu, aku pun selalu mesej dengan dia. Tapi kalau jumpa memang tak bertegurlah. Aku ni pemalu jugak sebenarnya mu tau? Tapi kalau ada time aku peramah tu, acik guard pun aku tegur.

Lepas tu, aku gaduh dengan dia weh! Hahaha! Aku gaduh sebab aku rasa makin lama aku kenal dia, makin susah untuk aku faham dia. Senang cerita, dia antara LELAKI paling COMPLICATED di abad ini. Dia pulak rasa perempuan ni complicated sangat. Memang dua-dua ego tahap cipan. Semua taknak kalah. Woi bila nak habis perang ni? Hahaha takde kerja gaduh pasal tu.

Gambar Hiasan

Lepas tu, kalau jumpa kat sekolah memang aku kerek kat dia. Pergh! Dia pun buat jelingan maut dia kat aku. Berapi je aku.

Aku ni memang tak boleh gaduh lama-lama dengan orang. Nanti semua kerja aku buat serba tak kena. Then, aku pun rendahkan ego aku, aku mintak maaf dengan dia. Lepas tu aku pujuk dia and whatever lepas tu dia kata dengan aku dia tak marah pun kat aku. Aku pulak macam what? Kau jeling aku macam nak terkeluar bijik mata pastu kau kata tak marah? Tunjuk gentle lah tu.

After that, dia selalu cakap semua benda yang dia tak puas hati pasal aku. Aku pun cakaplah apa yang aku tak puas hati dengan dia selama ni. Macam perbincangam dewan rakyat pulak dah.

Dia explain satu persatu perangai dia kat aku supaya aku tak tersalah faham lagi. Lepas tu aku kata sorry sebab aku susah nak faham dia selama ni.

Kesimpulan masalah kita orang, sebenarnya kita orang ego dan susah nak faham each other. Skema betul ayat aku.


Dia ada satu lagi perangai yang tak semua orang boleh terima. Dia kalau tegur kesalahan orang tak berlapik beb! Straight to the point. Walaupun betul apa yang dia tegur, tak semua orang boleh terima. Tapi kalau dia tegur aku, aku terima je. Benda betul kan dia cakap? Terima jelah dengan hati paling terbuka. Eceh!

Kalau dia gurau pulak lain macam sikit. Entahlah susah nak explain. Dia dalam kategori gurau kasar tapi tak kasar. Eh? Dia bagitau aku selama ni dia taknak rapat dengan perempuan sebab dia tau perempuan takkan tahan dengan cara gurau dia yang kasar tu. Kalau lelaki tak kisah sangat. Biasalah perempuan kan sensitif. Aku mula-mula dengan dia pun sensitif, lama-lama dah kawtim.

Dia selalu kata bila dia dengar aku cakap, dia teringatkan nenek dia sebab aku suka bebel macam nenek dia. Hah tulah salah satu joke dia. Takdelah kasar sangat en?

Sekarang kita orang okay je. Hari-hari aku mesej dia kat Facebook sebab dia je yang sanggup layan mulut mak nenek aku ni kan? Hahaha!

Bila aku dah lama tak mesej dia, dia mesti tanya why aku tak mesej dia dah. Dia takut kot-kot dia ada terbuat aku kecik hati sampai aku taknak mesej dia. LOL. Beb, kalau kau tengah baca entri aku ni, aku nak cakap sikit, kau tak payah risau sangatlah. Aku takkan kecik hati dengan kau. Aku dah masak dengan perangai kau. Erk! Kau tau tak aku busy update blog sekarang ni. Eheh!

Kalau nak cerita detail pasal dia sampai esok pagi tak habis. Apa yang aku boleh kata dia ni unik. Macam-macam perangai dia ada.

Sekarang dah setahun aku kawan dengan dia.. aku dah dapat tangkap perangai dia. Macam aku cakap, dia biasa je kot.

Dia PEMALU tapi kalau dah rapat dengan someone tu, dia jadi peramah and awesome. Dia PENDIAM dengan orang yang dia tak kenal, and dia BISING gila bila dah rapat. Kalau nak kawan dengan dia, kita yang kena mulakan tegur dia dulu.. sebab dia SHY-SHY CAT nak tegur orang.

Hah simple je kan?

Kesimpulan story ni, jangan cepat menilai dan mencari keburukan seseorang dan pada hari ini aku mengisytiharkan yang LELAKI TIDAK COMPLICATED macam apa yang kita kaum wanita selalu fikirkan. Hahaha! BERSORAK lah wahai kaum lelaki di luar sana. Dia orang simple je sebenarnya tapi perempuan yang selalu rasa lelaki ni complicated.


Sebenarnya, perempuan lagi complicated. Taknak mengaku ke wahai kaum hawa sekalian? Eleh! Kekadang perempuan ni apa yang dia nak pun dia tak tahu. Kan? Aku perempuan aku taulah perasaan perempuan.

Okay nanti aku buat entri lain. Terima kasih sebab membuang masa membaca story aku yang tak seberapa ni. HAHAHAHAHA!

xoxo,
Adib Yasmin

Comments

Post a Comment

Popular Posts