Realiti Kehidupan (Realities Of Life)

Life. Kehidupan.

Image result for LIFE



Entah aku tak pandai nak cerita sangat pasal kehidupan ni. Baru 15 tahun hidup. Banyak lagi benda aku kena lalui. Banyak lagi benda kena aku pelajari. Normal kehidupan ada pembenci, ada pencaci, ada pendengki. Sebab apa? Sebab mereka tak suka tengok kita senang, tengok kita bahagia. Just go on with our life. Abaikan mereka.

Pernah dengarkan orang kata anjing kalau penat dia akan berhenti menyalak? Ya. Kalau mereka penat nanti mereka akan diam.

Sakit pedih perit kena hina memang ada. Tapi kadang-kadang kita perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri sendiri, apa yang selama ini di panjat, apa yang selama ini cuba nak digapai. Banyak duri yang akan di pijak, banyak batu yang akan terus ditampung kat bahu setiap kali kaki melangkah. Semua ini, hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, sesuatu yang untuk diperjuangkan atau tidak.

Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita baru. Sebuah cerita pedih, dan hitam. terluka, hampir mati, namun kau tetap perlu cuba berdiri.

Life is once but if u do it right , once is enough. So be happy, live yr life. enjoy with your friends :)

Nukilan; Siti Fatimah Binti Roslan (credit)

Popular Posts