Rutin Penjagaan Muka (My Everyday Skin Care Products)


Assalamualaikum & hi readers! Aku sure 90% pembaca entri aku ni ofc perempuan kan? Kalau bukan, maknanya korang tergolong dalam golongan 10% (golongan kaum lelaki yang rajin). Pergh sister respect lelaki yang ada masa baca entri macam ni hahaha!

Actually muka aku jenis susah nak tumbuh jerawat tapi kulit aku cepat sunburn. Main basketball 30 minit dia punya tebako bersamaan dengan normal case berjemur kat pantai 2 jam. Kalau kawad sehari macam baru balik PLKN wei hahahahaha. Then kulit aku jenis kering yang amat sampai tahap selalu menggelupas and rasa pedih. Nampak tak teruk dia macam mana? Alhamdulillah sekarang dah jumpa produk yang sesuai dengan aku, jerawat tak naik and sunburn aku takdelah seteruk dulu and paaaaling penting kulit aku rasa lembap and tak menggelupas lagi. So far aku puas hati dengan skin care product yang aku guna sekarang ni walaupun dia takdelah buat muka aku jadi putih melepak macam retis korea pun. Arrrgh yang paling penting bukan kulit putih gebu gebas tapi kulit yang sihat. Gituwww.

So harini aku nak share dengan korang produk muka yang aku guna and skin care routine aku. Aku pakai semua produk murah and harga berpatutan je uols. Sis student tak mampu nak beli mahal-mahal sebab hutang keliling pinggang ni. Kah! Let's get started!

First, kita mulakan dengan pencuci muka. Setiap pagi dan petang memang wajib guna pencuci muka ni. Sehari cuci muka dua kali je okey 😜

1. SWEDEN EGG PACK (Pencuci Muka)




Aku jumpa produk ni masa tengok rancangan Go Shop (tak ingat channel berapa kat astro). Halah yang "ada TV boleh beli tu" hahaha. Bila tengok pengacara dia buat testimoni tersuka pulak. Honestly, ni pencuci muka paling best pernah aku pakai. Lepas pakai memang banyak pori-pori hidung yang tersumbat ni keluaq. Harga dia dalam RM179. Tak silap ada 12 pencuci muka (yang besar) tak termasuk free gift. Go Shop bagi offer banyak free so memang tak rugi beli.

Kalau korang nak order product ni boleh pergi dekat link ni okey https://www.goshop.com.my/prd/beauty/sweden-eggpack-set/20000017.html

Nak guna pencuci ni ada beberapa cara. Naaaahhh aku share sikit cara-cara nak cuci muka guna pencuci muka Sweden Egg Pack:


Edit: Harini 18/11/2017, dah lebih kurang 2 tahun - since 2015 aku pakai pencuci muka ni tapi tak habis lagi! Ada lagi tinggal sebuku sabun huhu. Masa beli rasa macam mahal tapi tahan bertahun fuh berbaloi sangat!

2. CLINELLE PURE SWISS THERMAL SPRING WATER


Next, aku spray Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water. Spray ni memang ada banyak kebaikan dia. Memang best pakai ni kulit rasa sejuk je lepas pakai. Aku sangat recommend spray ni kat korang yang ada kulit muka kering, sunburn and sensitif. Korang bukan boleh spray kat muka je, dekat badan, tangan, kaki, kuku, rambut dan kulit kepala pun boleh spray jugak. For those yang selalu ada masalah kulit kepala gatal tu you guys should try this product. Produk ni korang boleh cari dekat Guardian/Watsons.

3. LOREAL PARIS WHITE PERFECT (Whitening & Moisturizing TONER) & LOREAL PARIS WHITE PERFECT DAY SPF17 (Day Cream)


Lepas dah kering Clinelle Thermal Spring Water tadi, aku pakai moisturizing toner daripada Loreal Paris. Cara dia senang je. Ambik kapas then tempek kat muka. Then, aku sapu Loreal Paris Day Cream pulak kat seluruh muka.

4.  CLINELLE COMPACT SPF 18 (Bedak)


Bila dah kering toner and krim tadi, aku pakai bedak Clinelle ni. Kalau malas aku pakai bedak baby powder je LOL.

6. FREEMAN CHARCOAL & BLACK SUGAR POLISHING MASK


Last but not least, aku guna black sugar polishing mask. Aku pakai mask ni seminggu sekali je. Ni antara mask paling best aku pakai and aku suggest untuk korang yang jenis kulit terbakar/berjerawat/whitehead dll guna mask ni. Lepas pakai rasa kulit soft je. Whitehead pun banyak keluar. Best!

Hokei tu je antara produk & routine skin care yang aku boleh share dekat korang semua. Harap-harap dapat bantu uols yang ada masalah kulit. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh drop komen korang kat bawah ni ye. Peace ✌



xoxo,
Adib Yasmin






Popular Posts